THURSDAY NITE LIVE

Friday, January 27, 2006

Image hosting by Photobucket

Thursday Nite Live, sebuah rancangan baru yang bakal menemui anda di Saluran Ceria Anda, ntv7. Thursday Nite Live atau TNL berkonsepkan Talk Show akan dihoskan oleh Harith Iskandar. Saya berkesempatan menyaksikan rancangan ini secara life recording di Studio 1, ntv7. Bagaimanapun, Thursday Nite Live akan disiarkan secara langsung bermula episod yang berikutnya.

Image hosting by Photobucket

Stand up comedian...

Image hosting by Photobucket

Sazzy dengan kisah pink high heels?

Pada setiap minggu, TNL menjemput dua artis jemputan yang akan ditemuramah oleh Harith Iskandar. TNL episod pertama ini dimulakan dengan TNL Catch Up With Sazzy Falaq, seorang pengacara dan pelakon. Antara soalan yang ditanyakan kepada Sazzy, apakah harapan beliau sejak kecil. Kata Sazzy, ingin menjadi seorang business woman. Kelakar juga bila isu business woman dikaitkan dengan kasut tumit tinggi warna merah jambu.

Image hosting by Photobucket

TNL Catch Up with Sazzy Falaq and Jacyln Victor

TNL Catch Up With turut menjemput Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol musim pertama. Bersama Jac, Harith Iskandar membicarakan mengenai anugerah dan majlis anugerah akan datang seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular dan lain-lain. Thursday Nite Live juga diselangi dengan pelbagai segmen seperti TNL Spoof yang bercerita tentang horoscope dan lifescope, TNL melaporkan berita tergempar dan sensasi, TNL senarai, sebanyak 10 senarai terpilih mengikut tajuk atau tema.

Image hosting by PhotobucketImage hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

Selain Harith Iskandar sebagai teraju utama, Thursday Nite Live turut dibantu oleh Sharifah Shahirah, Adibah Noor dan AC Mizal mengikut kesesuaian segmen dan isu yang dikupaskan. Penonton juga akan dihidangkan dengan persembahan secara live band menerusi TNL Tune. Semalam, Jac membuat persembahan secara live diiringi band yang diketuai oleh Jenny Chin.

Image hosting by Photobucket

Thursday Nite Live akan disiarkan bermula 2 Februari pada pukul 9.00 malam (selepas Wakenabeb) di ntv7, Saluran Ceria Anda. Rancangan ini menarik dipertontonkan kerana ia variasi serta padat dengan hiburan dan informasi. Thursday Nite Live akan lebih menarik jika tempoh siaran lebih panjang.

LAUGH TRACK

Wednesday, January 25, 2006
Element of entertainment. My lecturer said, we must assemble in groups.

We do a campfire in groups.

Image hosting by Photobucket

Betul, tapi anda masih boleh buat campfire tanpa berteman. Bila? Apabila anda jadi brokenheart, tiada tempat mengadu untuk luahkan perasaan atau anda mahukan ketenangan. Bukti? Anda boleh lihat dalam mana-mana drama arahan 'pengarah drama' ini.

Campfire dengan tujuan untuk mencari ketenangan kerana kekecewaan atau masalah boleh dilakukan dengan hanya seorang, tapi perlu berteman untuk hiburan.

How about ballad dances and roman circuses?

Cuba anda bayangkan, anda seorang penari ballad atau ahli lasak ngeri yang buat persembahan di tempat awam yang hanya disaksikan oleh... seorang penonton. Apa perasaan anda? Adakah ia sesuatu yang menghiburkan? Anda masih mahu meneruskan persembahan anda itu? Teruskan jika anda dibayar sama atau lebih dengan jumlah yang anda dapat dengan puluhan atau ratusan atau ribuan penonton.

Comedy shows successfully to groups than to individual.

Image hosting by Photobucket

Betul, terutama bagi sesiapa yang punya kurang sensitivi terhadap sesuatu perkara. Anda yang serius dan kurang sensitif tidak akan memberi tindakbalas terhadap adegan atau dialog lucu dalam sitkom jika ditonton seorang. Cuba anda menonton sitkom itu bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Jika dulu anda tidak memberi sebarang tindak balas, kini anda akan ketawa berdekah-dekah, kerana geli hati dengan aksi yang dipertontonkan.

Laugh track in sitcom.

Pernahkah anda menonton rancangan sitkom, tiba-tiba anda terdengar bunyi ketawa ramai penonton sedangkan pada ketika itu anda menonton seorang diri. Bunyi ketawa itu sama sahaja setiap kali diperdengarkan pada setiap adegan atau dialog lucu dalam sesuatu komedi. Itu adalah laugh track. Anda boleh dengar laugh track ini di dalam sitkom tempatan seperti 2+1 dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

A laugh track, laughter track or canned laughter is a separate soundtrack with the artificial sound of audience laughter, made to be inserted into TV comedy shows and sitcoms.

The first television show to incorporate a laugh track was The Hank McCune Show in 1950.

Image hosting by Photobucket

Apa tujuan laugh track dalam sesebuah rancangan komedi? Untuk memberitahu kepada penonton terdapat adegan atau dialog yang melucukan. Laugh track bukan ditujukan kepada penonton yang sukar memahami jenaka yang ingin disampaikan, tetapi sekadar membantu mood penonton supaya tontonan sesebuah rancangan itu lebih menarik.

A laugh track tells you that something funny is going on. But a laugh track does more than indicate LAUGH NOW. It creates a mood and makes the audience more receptive.

Anda masih tidak perasan kewujudan laugh track dalam sesebuah racangan komedi? Tonton Friends atau Everybody Loves Ramon.

DONE

Thursday, January 19, 2006

Image hosted by Photobucket.com

Aku ingat lagi entry lepas geram aku yang pertama. Kawan-kawan aku cakap entry tu sopan sangat, very the attitude. Tak tahu, mungkin aku tak biasa hendak lepas geram dalam blog ini. Mungkin aku kena buat lagi satu blog untuk coretan lepas geram.

Lepas aku post entry lepas geram tu, aku dapat satu berita yang paksa aku untuk tulis entry lepas geram lagi. Tapi setelah aku berfikir secara rasional dan selagi perkara itu tidak memberi kesan buruk kepada pengajian aku, ia dimaafkan. Bukankah memaafkan orang lain itu adalah digalakkan, kan?

UiTM Registeration aku yang dulunya terkandas hampir dua minggu dapat diselesaikan. Terima kasih kepada mereka yang berkenaan. Dua hari lepas, rakan sekelas aku ada beli suratkhabar Kosmo (maaf dah lama tak beli, asyik beli The Star sahaja). Katanya, ada student yang hantar aduan kepada ruangan komen Kosmo mengenai sistem pendaftaran UiTM. Oh mungkin student itu mengalami nasib yang sama seperti aku dan rakan-rakan.

Apapun, semuanya sudah dapat diatasi. Aku harap student yang hantar komen itu puas hati macam aku dan rakan-rakan yang lain. Terima kasih lagi pada sesiapa yang menjalankan tanggungjawab. Aku dan rakan-rakan sangat menghargainya. Diharapkan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

INCOMPLETE

Sunday, January 15, 2006

Image hosted by Photobucket.com

AKU kata tahun 2006 dimulakan dengan Tahun Baru, Blog dan Back To School. Banyak perkara yang dimulakan dengan baik. Memang banyak, tapi bukan semua. UITM REGISTERATION yang masih INCOMPLETE. Makan hati juga kerana sehingga ke hari ini, status registeration itu masih 'pending'.

Kata orang, sabar itu separuh daripada iman. AKU memang sabar kerana sudah hampir dua minggu AKU menunggu proses itu. Kerana AKU hanya manusia biasa, ada waktu 'pending' ini buat AKU tertekan. AKU ada seorang kawan yang kini ambil jurusan Perhubungan Awam yang pada mulanya turut mengalami masalah yang sama seperti AKU. Itu dulu, proses 'pending' itu telah lama selesai. AKU dan beberapa orang teman di jurusan INI yang masih menunggu proses ini selesai.

Tiap-tiap hari AKU menunggu proses ini agar 'DELIVER' seperti yang dijanjikan. Tiap-tiap hari AKU dan teman-teman online untuk memastikan UITM REGISTERATION kami dapat dikemaskinikan. AKU dan lain-lain hanya berharap. Kata Ketua Program kami bagi jurusan INI, dia minta kami untuk bersabar, cuba dan mencuba dan mencuba sehingga ke hari ini atau esok. Alasannya, proses ini mengambil masa. Bagaimana pula dengan teman AKU yang mengambil jurusan lain dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Adakah itu hanya NASIB atau MASALAH TEKNIKAL?

Oh AKU tidak pernah luahkan perasaan sebegini di dalam blog ini. AKU tidak pernah menggunakan AKU sebagai kata nama ganti diri. Ini kali pertama yang AKU mulakan di tahun 2006. Tidak apa, AKU cuba lagi terapkan SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN dalam diri AKU. Hanya tinggal satu hari. AKU hanya sedapkan hati sendiri biarpun menunggu sesuatu yang KURANG PASTI.

AKU berharap INCOMPLETE ini dapat diselesaikan hari ini atau esok. DOAKAN...

MULA

Thursday, January 12, 2006
Saya mulakan tahun 2006 dengan :

Tahun Baru.
Tidak sambut tahun baru. Majlis barbeku atau sambut Tahun Baru di luar Klang Valley merupakan cadangan awal bersama rakan-rakan sekelas. Alasan? Kerana aktiviti ini lebih tenang, lebih mudah dan ia dilakukan secara privasi. Seperti biasa, itu sekadar cadangan awal. Berjanggut untuk tunggu masing-masing buat keputusan.

Merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan sekelas. Kami memilih pantai atau hutan sebagai lokasi percutian. Langkawi dan Pantai Timur antara cadangan kami. Pasti menarik jika ada aktiviti-aktiviti lasak sepanjang percutian itu nanti. Tidak lengkap jika pergi bercuti tanpa mengambil gambar sebagai kenangan. Sesi fotografi itu adalah satu kemestian buat kami.

Image hosted by Photobucket.com

Bercadang untuk mencuba scuba-diving pada tahun ini. Saya teringin juga untuk pergi ke Taman Negara, Pahang. Kali terakhir saya pergi ke sana sewaktu saya masih dalam darjah 3, mengikuti camping yang dianjurkan oleh sekolah. Lama bukan? Harap-harap ia menjadi. Doakan.

Blog.
Tulis entry untuk blog yang ke 100.
Ada 100 senarai di dalam entry tersebut. Kata MuteAudio, saya perlu senaraikan 365 perkara. Ini entry ke 100, jadi angka 100 amat bersesuaian dengan jumlah senarai itu. Ada lakukan perubahan sedikit pada blog ini, dari welcome name, gambar saya hingga ke senarai link.

Suka menulis tapi masih banyak kelemahan. Nizam Zakaria bercerita tentang grammatical order dalam penulisan blog. Saya tidak pernah terfikir tentang itu sebelum ini. Banyak perkara yang saya belajar tentang itu.

Image hosted by Photobucket.com

Jurnal harian? Adakah saya perlu menulis aktiviti-aktiviti harian di dalam blog sebagaimana yang dilakukan oleh Awin dan Delima? Kali terakhir saya menulis diari semasa saya belajar di tingkatan satu. Kenapa saya berhenti? Ada waktu (biarpun selalu), saya suka menulis jurnal harian yang panjang. Ia panjang kerana saya menulis aktiviti harian berdasarkan apa yang saya rasa, buat, fikir, lihat, cakap dan dengar. Bila sudah ada pen dan kertas, banyak perkara yang hendak ditulis. Saya pernah menggunakan helaian muka surat bagi catatan hari esok untuk menulis kisah pada hari ini.

Belajar tentang How To Become A Good Writer. Ada yang kata, kebanyakan penulis tidak suka melihat diri di hadapan cermin. Saya masih suka melihat diri di hadapan cermin, tapi saya juga suka menulis. Sekadar menulis kerana minat dan mengisi masa lapang, biarpun penulis merupakan salah satu kerjaya yang diingini.

Back to school.
Ini tahun akhir, semester akhir saya. Doakan. Ada dua pilihan elektif. Yang pertama, ia perlukan saya untuk bercakap sepanjang masa dan yang kedua, saya perlu tahu tentang digital photography. Saya gabungkan kedua-duanya menjadi Camera Friendly. Itu saya.

Image hosted by Photobucket.com

Belajar Asian Politics. Saya suka baca suratkhabar, tapi kurang suka baca ruangan politik. Saya harus banyak membaca tentang itu sebagai latihan. Perlu ada blog tentang politik, Muzaffar beri cadangan. Kelas Asian Politic diadakan pada sebelah petang, hanya satu kelas pada hari itu selama 3 jam. Kata Awin, pensyarah itu suka berkata-kata. Saya setuju.

Mahu buat short film atau public service announcement. Ia perancangan saya untuk student project bagi salah satu subjek yang diambil. Belum ada lagi perbincangan bersama ahli-ahli kumpulan. Banyak perkara yang harus difikirkan sebelum saya membentangkan pada perbincangan itu nanti. Saya rasa tidak sabar untuk melakukan student project ini sebagaimana kami satu kumpulan menghasilkan sebuah filem pendek. I can’t hardly wait!

FREE

Friday, January 06, 2006

Image hosted by Photobucket.com

100th

Sunday, January 01, 2006
Sebagai seorang blogger, saya telah menulis sebanyak 99 entries sejak June 2005. Ucapan Happy New Year merupakan entry yang ke-99 dan apa yang anda sedang baca pada ketika ini merupakan entry yang ke-100. Di bawah ini merupakan 100 senarai tentang saya, kehidupan saya dan apa saja yang berlaku di sekitar saya. Blog ini bukan jurnal harian saya mahupun kisah peribadi. Ia hanya ditulis mengikut kesesuaian berdasarkan pelbagai perkara yang berlaku di sekitar saya. Harap maklum. Terima kasih. It's A Brand New Me...

Image hosted by Photobucket.com

Generasi Digital.
1. Menjadi salah seorang peserta Generasi Digital, sebuah rancangan realiti tv bersama Kam, Rahman dan Shah. Kumpulan kami adalah Dejavu.
2. Generasi Digital merupakan sebuah rancangan realiti tv yang melihat kreativiti para pelajar menghasilkan filem pendek. Ia ditayangkan di TV2 dan Azizan Nin selaku pengacara. Setiap cerita harus berdasarkan peribahasa atau perumpamaan Melayu.
3. Hari pertama di lokasi, saya kurang sihat. Rakaman hanya dijalankan sehari, dari 9 pagi hingga 9 malam. Dalam keadaan yang kurang sihat, separuh dari tempoh itu, aktiviti dan tingkah laku kami dirakam. Bayangkan.
4. Setelah tempoh itu, masing-masing ditemuramah oleh pengarah rancangan tentang tugasan dan pengalaman seharian.
5. Filem pendek ini bertajuk ‘0’ atau kosong. Peribahasa ‘Bagai Kacang Lupakan Kulit’ dipilih sebagai isi cerita. Filem pendek ini dilakonkan oleh tiga bangsa; Melayu, Cina dan India.


Filem Pendek.
6. Menghasilkan sebuah filem pendek yang bertajuk She’s Just Not That Into You bersama Kam, Basir, Rahman dan Tina.
7. Saya terlibat dalam penulisan skrip, lakon layar, pemilihan pelakon dan lagu, arahan dan penerbitan.
8. Shooting dilakukan pada musim cuti Chinese New Year. Perbincangan dilakukan dan hari shooting disusunkan mengikut babak di dalam dokumen timeline. Shooting bagi babak terakhir dibuat pada hari pertama dan babak pertama dilakukan pada hari terakhir.
9. Filem pendek ini dibintangi oleh Azizan Nin sebagai teraju utama. Ia dibantu oleh Cheryl Samad serta beberapa pelakon tambahan. Terima kasih Bro Zizan dan Sis Cheryl kerana bantuan dan komitmen yang diberikan. Dan ramai lagi yang harus diberi penghargaan. Terima kasih kepada semua.
10. Kerana filem pendek ini, saya diberi pengiktirafan sebagai The Best Producer oleh pensyarah. Saya hanya assistant director, hanya ada pengiktirafan untuk The Best Director.
11. Jika ada anugerah The Best Assistant Director pun belum tentu saya yang terbaik. Saya akui ada banyak kelemahan dan perkara yang harus dipelajari.
12. Selain The Best Producer, kumpulan kami, Dejavu mendapat pengiktirafan The Best Director, The Best Cinematography, The Best Editor and The Best Conti.


Anugerah Bintang Popular.
13. Memandu kereta sendiri secara konvoi ke Genting Highland untuk Anugerah Bintang Popular 2005.
14. Ke Genting Highland, itu panduan kereta sendiri paling jauh setakat ini. Turut serta di dalam perjalanan adalah Che Na, Awin, Sara serta rakan-rakan lain.
15. Selesai Anugerah Bintang Popular, sekitar pukul 1 pagi, kami mengharungi kesejukan yang amat sangat dan ketebalan kabus semata-mata untuk menikmati roti canai dan milo panas. Malam itu bermalam di First World Hotel dan pulang keesokan hari.


Practical Training.
16. Menjalani practical training dari bulan April hingga August.
17. 25 April 2005, hari pertama saya dan rakan-rakan di tempat practical.
18. Penglibatan pertama di Anugerah Industri Muzik 2005 di PWTC.
19. Hanya tugasan kecil pada malam AIM tetapi pengalaman amat besar.
20. Selain Anugerah Industri Muzik yang disiarkan secara langsung, saya juga terlibat dengan produksi siaran langsung bagi KL Fashion Week Gala Dinner.
21. Tugasan utama di tempat practical yang diberikan cukup mencabar buat saya. Dalam hati hendak saja katakan tidak kerana fikir tidak yakin dengan apa yang bakal dilalui. Kerana sukakan cabaran dan sesuatu yang baru, saya terima tugasan itu.

22. Saya berbangga dengan diri kerana berjaya mengatasi cabaran tersebut dan ia membuatkan saya lebih berani dan berfikiran terbuka.
23. Lokasi pertama untuk sesi rakaman di Ulu Yam. Pengalaman pertama begitu mendebarkan, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan pada ketika itu.
24. Bagi rancangan ini, saya terlibat dengan rakaman 10 buah lokasi sekitar lembah klang. Shooting selalunya mengambil masa hingga ke pagi.
25. Selain melibatkan diri dengan produksi di luar dan di dalam studio, saya juga menghasilkan beberapa skrip untuk playback dan host bagi sebuah rancangan tv. Terima kasih kepada Bro Azam selaku penerbit dan penulis skrip kerana memberi bantuan dan sokongan dalam menghasilkan sesebuah skrip.
26. Selain Bro Azam, saya juga diberi bimbingan oleh En. Hamid selaku penerbit, Shah dan Iza, kedua-duanya adalah pembantu penerbit.
27. Editing merupakan post-production bagi penghasilan sesebuah rancangan tv atau filem. Saya tidak berpengalaman dalam bidang editing, bagaimanapun saya tahu mengendalikannya secara off-line.
28. Online dilakukan oleh editor yang telah ditugaskan. Producer, assistant producer serta saya hanya memberi guideline dan meneliti setiap proses editing yang dijalankan.
29. Kebiasaannya, proses editing dilakukan pada waktu malam hingga ke pagi. Ada waktu ia memberi kesukaran kepada saya untuk berjaga sekiranya tidak mendapat rehat secukupnya pada siang hari. Rasa mengantuk di dalam bilik editing yang amat sejuk sekitar pukul 2-3 pagi benar-benar memberi dugaan pada saya.


Blog.
30. Menjadi blogger sejak Jun 2005 kerana minat menulis.
31. Muzaffar atau sultanmuzaffar antara sumber inspirasi. Terima kasih Muzaffar kerana banyak membantu.
32. Kerana blogging, banyak perkara baru yang diketahui, banyak pengalaman yang dikutip, banyak idea dan pandangan dikongsi.
33. Saya berpeluang mendapat kenalan melalui blog juga memberi peluang bagi saya mendapat ramai kenalan. Antara blogger yang dikenali adalah Muzaffar, Najmie, Rosman, Abang Bad, Juan dan Judd.
34. Dengan blog juga saya ditemukan dengan rakan-rakan lama seperti Shin Akuma dan Topher Grace. Pertemuan ini berlaku secara tidak langsung menerusi blog hopping.
35. Akademi Fantasia sering menjadi topik pada permulaan penulisan blog. Awalnya, nama blog ini adalah Iwan Seacrest – Iwan Shu-Aswad dan Akademi Fantasia. Kemudian ia bertukar kepada Iwan Shu-Aswad – It’s all about Iwan Shu-Aswad. His interest and life on films, music, arts, books, mags, websites, lifetyle, friends and much much more!!! Yang terbaru? Sudah tentu A Brand New Me.
36. Siapa rakan-rakan blog saya pada ketika ini? Antaranya adalah sultanmuzaffar, yasminahmad, senikami, badrulaftersix, sekatil, inconditious-me, rosmanpositivo, juandanza, golden-judd, clouded-moon, kuihmanis, padmespad, emphase, nakaltitude, feelgoodboy, azmie, obesititerlampau, dorasi, aviendha dan ramai lagi.
37. Blog merupakan bahan bacaan saya setiap hari. Blog yang sentiasa dibaca atau dilayari pada setiap hari adalah blog milik muzaffar, yasmin ahmad, adi, adhuna & co.
38. Selain blogspot, saya juga mempunyai blog di Friendster dan Multiply.


Akademi Fantasia.
39. Akademi Fantasia merupakan rancangan tv favourite saya selain Oprah Winfrey, American Idol, Desperate Housewives, Smallville dan Charmed. Saya menonton Akademi Fantasia sejak musim pertama.
40. Minat saya terhadap Akademi Fantasia memberi ruang pada saya untuk menulis tentang Akademi Fantasia di dalam blog.
41. Memilih Marsha dan Mawi sebagai peserta favourite. Turut mengkagumi bakat Amylea dan Idayu.
42. Bagi Akademi Fantasia musim 1 dan 2, saya memilih Nana dan Vince, Farah dan Zahid. Ramai yang tidak bersetuju apabila saya memilih Nana AF1, Farah AF2 dan Marsha AF3.
43. Saya berpeluang menonton Konsert Akademi Fantasia minggu kedua hingga ke Konsert Final di Stadium Malawati, Shah Alam.
44. Bagaimanapun, saya tidak berkesempatan untuk menonton Konsert Akademi Fantasia minggu ke sembilan biarpun mempunyai tiket. Pada hari itu, saya diberi tugasan untuk melibatkan diri dengan produksi di KL Fashion Week Gala Dinner di PWTC.
45. Hati tak keruan kerana risau peserta favourite iaitu Mawi dan Marsha akan tersingkir pada minggu terakhir sebelum final. Pilihan saya untuk ke final adalah Amylea, Feliz, Marsha dan Mawi. Seorang teman memberi liputan menerusi SMS beberapa kali sepanjang konsert itu berlangsung.
46. Saya mendapat ramai kenalan melalui Akademi Fantasia. Antaranya adalah blogger seperti Muzaffar, Najmie, Rosman, Abang Bad, Juan dan Judd. Kali pertama bertemu dengan Muzaffar di Stadium Malawati, Rosman dan Judd di Planet Hollywood, Abang Bad di Astro, Juan di KL Tower dan Najmie di KL Tower tetapi hanya menyedari Najmie di Gathering Gol & Gincu. Siapa lagi? Awek, Emy, Faiz, Puteri, Sue, Baby, Bob, Hakim Amir, Syafinaz, Eliza dan ramai lagi.


KL PAC.
47. Tonton Cinderella bersama Raihana di KL PAC pada 28 Disember 2005. Persembahan yang baik dan menghiburkan. Terima kasih Topher Grace kerana membantu.
48. 27 Disember 2005, sehari sebelum persembahan Cinderella, saya, Che Na, Awin dan Faizal ke KL PAC untuk sesi fotografi. Sesi fotografi?
49. Pertama kali ke KL PAC pada 10 September 2005. Ke sana kerana menemani Sis Lotfi untuk mengambil gambar untuk assignment bagi subject Photo Comm.
50. Selain Sis Lotfi, saya bersama Bro Azam, Iza dan Che Na. Rancangan awal hanya untuk menemani Sis Lotfi mengambil gambar, kemudian terus dihabiskan masa dengan sesi fotografi.
51. Jatuh cinta dengan KL PAC kerana seni persembahan dan keindahan Sentul Park. Terima kasih Sis Lotfi.
52. KL PAC juga menjadi tempat untuk kongsi luahan rasa. Terima kasih Ros Putih dan Princess Mia Thermopolis kerana memahami.


Raya.
53. Pertama kalinya, saya tidak menyambutnya di shopping malls seperti Syawal-Syawal terdahulu. Bukan kerana tiada sanak-saudara, cuma ia kurang meriah tanpa suasana kampung disebabkan berhari raya di Petaling Jaya.
54. Raya sebelum ini di One Utama dan sebelum itu di Mid Valley. Kelakar bukan?
55. Saya di The Curve Mutiara Damansara pada malam raya.
56. Pagi raya, bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Tabung Haji di Kelana Jaya.
57. Selesai solat, saya bersama keluarga di Kelana Jaya sebelum ke rumah nenda di Petaling Jaya.
58. Pertama kali saya berbaju raya dengan baju melayu teluk belanga (baju melayu johor). Ia bersulam, warna biru dan sedondon dengan bonda.
59. Syawal kali ini merupakan kali terakhir saya menyambutnya bersama nenda. Nenda kembali ke ramahtullah sebulan selepas itu.
60. Sedih melihat pemergian nenda dan kesedihan itu berganda kerana bonda saya kehilangan bonda tersayang (nenda). Sedih bonda, sedih saya juga.


Lagu.
61. Saya suka mendengar semua genre lagu kecuali hard rock dan metal. Saya menyenangi lagu-lagu nyanyian Anuar Zain, Ning Baizura, Sheila Majid, Camelia dan Dayang Nurfaizah. Bagaimanapun, lagu Melayu paling diminati adalah Kaulah Segalanya dari Hasrul Nizam.
62. Amat meminati muzik gamelan serta alat-alat muzik seperti piano, saxophone, violin dan bag pipe. Kesemua bunyian ini mendamaikan.
63. Turut menyukai lagu-lagu dari Mariah Carey, Kelly Clarkson, Renee Olstead, Frank Sinatra, Michael Buble, Marc Anthony, Josh Groban dan Celine dion. Terbaru dari album James Blunt (Back to Bedlam) dan Madonna (Confession of A Dance Floor).
64. Dengar lagu-lagu James Blunt dan Madonna kerana melodi dan lirik. Di antaranya seperti You’re Beautiful, Cry dan Goodbye My Lover oleh James Blunt, Hung Up, Sorry, Like It or Not oleh Madonna.
65. Sejak kebelakangan ini, saya cuba untuk tidak mendengar lagu-lagu James Blunt dan Madonna kerana ia mengingatkan saya pada satu kenangan pahit. Ia didengar kerana suka, ia dilupakan kerana duka.


The Storyteller Club.
66. Penglibatan saya dengan The Storyteller Club bermula dari bacaan tulisan Yasmin Ahmad dan pemberian komen-komen di dalam blog beliau. Di ruangan komen, kami berkomunikasi dan bertukar pandangan dan pendapat. Semuanya bermula di sini.
67. Gathering pertama saya adalah tayangan filem Gubra, sebuah filem arahan Yasmin Ahmad selepas Rabun dan Sepet. Ia bertempat di Leo Burnett pada 14 Oktober 2005. Terima kasih Yasmin Ahmad dan warga TSC.
68. Sebelum gathering, saya telah dibuli oleh Ted di dalam ruang komen blog Yasmin. Ted yang disangka seorang lelaki ganas rupa-rupanya seorang wanita yang lemah-lembut. Kata-kata yang ditulis bukan gambaran peribadi seseorang.
69. Selain Yasmin Ahmad dan Ted, saya bertemu dengan ramai warga The Storyteller Club. Di antaranya adalah The Visitor, Jaja, Adam, Amethyst dan Dora.
70. Pada 22 Disember 2005, saya berpulang sekali lagi menonton Gubra di Leo Burnett. Saya hadir bersama Raihana. Terima kasih Yasmin Ahmad dan warga TSC.
71. Pada sesi tayangan Gubra ini, saya bertemu dengan The Visitor, Zed Adam, Habri, Mute, Zona dan lain-lain. Zona merupakan pengarah bagi rancangan Generasi Digital.
72. Tontonan pertama pada bulan Oktober 2005 dan tontonan kedua pada bulan Disember 2005. Filem Gubra lebih baik dari Rabun dan Sepet, jadi saya bercadang untuk menonton filem ini sekali lagi menjelang sesi tayangan seluruh Malaysia pada bulan Mac 2006


Tentang Diri.
73. Single dan available. Kata saya dan Raihana, kami berdua adalah pengasas TSAAC. Apa itu TSAAC? The Single And Available Club. Need we say more?
74. Bergelar student, trainee, blogger, part-timer, script writer dan single. Single lagi?
75. Interest? Filem, muzik, seni, buku, majalah, laman web dan gaya hidup. Apa lagi? Fotografi dan blogging.
76. Jarang bershopping dan jarang window shopping. Tapi kata seorang teman, Che Na, apabila tiba waktu saya bershopping, mengalahkan dia. Mungkin.
77. Boleh menghabiskan masa berjam-jam di kedai buku. Terutama di kedai buku Kinokuniya di KLCC. Kedai buku dan majalah menjadi tempat wajib untuk dikunjungi. Pilihan utama di Kinokuniya KLCC, MPH One Utama dan yang terbaru di Borders The Curve.
78. Selain kedai buku, saya pasti akan singgah ke kedai cd. Mana yang sedap didengar, mana yang berkualiti, mana yang diminati, akan dibeli yang original. Saya tidak beli yang piracy, tapi kalau DVD, okay. Kalau tidak beli yang original atau tidak suka beli yang piracy, download adalah jalan yang terbaik. Jahat bukan?
79. Saya suka menonton DVD filem-filem asing seperti Korean, Spanish dan French. Biarpun tidak faham sepatah haram, hanya dibantu dengan subtitle, tapi jalan cerita yang menarik dan tidak tipikal. Ia ada kelainan dan bukan kerana nilai komersial semata-mata. Kebanyakan filem ini menjadi pilihan festival-festival filem antarabangsa.
80. Dikata narcissist kerana suka melihat cermin.
81. Saya tidak sebodoh narcissist, orang yang mengata saya narcissist itu yang bodoh. Ada yang terasa?
82. Suka melihat cermin bukan satu kesalahan. Habit itu sebagai tanda saya berbangga dengan diri sendiri dan lebih yakin dengan diri. Keyakinan? Masih berusaha ke arah itu.
83. Selalunya saya terlalu baik pada orang yang disukai. I always please everyone but not for myself.
84. Sifat ‘always please everyone’ ini memberi kesukaran pada saya. Bercadang untuk mengurangkan sifat itu. Nasihat seorang teman, saya perlu berfikiran lebih rasional.
85. Saya terlalu sensitif, jadi hati mudah tersentuh. Pernah terfikir untuk jadi orang yang tidak berperasaan. Pernah mencuba, tapi itu bukan diri saya.
86. Kata seorang teman lagi, sebagai Leo, tidak semestinya harus sentiasa menjadi Leo. Saya boleh mencuba sesuatu yang baru. Cancer, gemini, virgo, mungkin?
87. Saya ada ramai kawan. Yang berkawan itu beratus, mungkin beribu. Bukan semua kawan yang beratus atau beribu sentiasa bersama ketika senang dan susah. Juhannis, Azhar, Nik Fadhlee, Che Na, Azam, Iza dan Syafinaz merupakan antara insan-insan yang banyak membantu malah turut berkongsi apa yang dirasai di waktu kesusahan dan kesedihan.
88. Sifat Leo yang ada pada diri saya, suka mendengar dan membantu menyelesaikan masalah orang lain, tetapi masalah sendiri sukar untuk diselesaikan. Mungkin itu ia memberi kesukaran pada saya untuk menjadi seorang kaunselor. Biarpun tiada manusia yang sempurna, menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain amat penting.
89. Kerana bersifat terlalu baik pada orang lain, sehinggakan ada waktu saya terlupa untuk menyayangi diri sendiri. Macam bait-bait lirik lagu Because of You dari Kelly Clarkson, “... i want to play the safe side, so i don’t get hurt...”
90. Dulu, saya lebih suka bergambar ramai-ramai. Sekarang, saya lebih suka bergambar seorang atau saya akan jadi sedikit over-shadow bila bergambar beramai-ramai. Camera whore, mungkin? A Camera Friendly can described me best. Kata Che Na (Che Na lagi?), kalau ada sesi fotografi, saya adalah pilihan terbaik kerana sanggup menjadi model tanpa bayaran. Tapi sedikit demanding (atau banyak sebenarnya). Nak pose yang itu, nak pose yang ini.
91. Kerana terlalu cakap laju, ada waktu ia memberi kesukaran pada orang lain untuk memahami apa yang diperkatakan. Ada waktu nada suara saya amat lantang bak loudspeaker (kata Che Na) atau nada suara yang perlahan bak bunyi kentut dalam kain (kata Che Na). Banyak benar term-term yang dicipta oleh Che Na.
92. Makan banyak, tapi badan tak naik-naik. Turun tidak, naik pun tidak. Kalau naik pun, berapalah sangat jika hendak dibandingkan dengan selera makan yang tinggi. Kesedihan tidak mempengaruhi tahap selera makan. Sedih pun makan, gembira pun makan. Asalkan hati senang, perut suka hati. Betul ke apa yang saya tulis ni?
93. Meminati Oprah Winfrey dan Ryan Seacrest. Saya mengkagumi kejayaan mereka dalam bidang yang diceburi. Pernah bermimpi bersantai bersama Oprah Winfrey dan Ryan Seacrest di sebuah majlis ekslusif di Hollywood. Santai? Mungkin tidak, kerana di dalam mimpi itu saya dan Ryan Seacrest berpakaian tuxedo dan Oprah Winfrey dengan evening dress.
94. Masih banyak kelemahan dalam komunikasi dan kerana itu saya harus belajar berkomunikasi dengan lebih baik. Ada waktu, penulisan saya lebih memberi pemahaman dari apa yang diperkatakan. Saya akui, kerana tidak selalu apa yang dikata tidak to the point. Oh ya, perkataan yang sering diungkapkan sepanjang tahun ini adalah thanks. thanks seems to be the simplest word?
95. Notting Hill? Pertama kali dikatakan begitu. Saya bukan selebriti dan saya bukan public figure. Cuma, ada masa setiap manusia perlu ada kehidupan yang private atas hal-hal yang bersifat peribadi.
96. Selain keluarga, terima kasih kepada teman-teman yang menyayangi diri saya, memberi sokongan dan galakan, berkongsi suka dan duka, sedih dan gembira dan terima saya seadanya.
97. Kerana saya disayangi dan saya sendiri bersifat penyayang, jadi saya cuba untuk bersikap lebih rasional dan matang. Tidak perlu menyayangi orang yang tidak tahu menghargai. Tidak menghargai antara perkara yang saya benci selain mungkir janji. Hidup mesti diteruskan. Anda (siapa yang makan cili, terasa pedasnya) bukanlah insan sempurna, banyak kelemahan dan kekurangan, pulak tu tidak tahu menghargai, jadi saya peduli apa. Nasihat seorang teman, saya tidak perlu merendahkan kualiti sasaran jika hendak menyukai seseorang. Jadikan hubungan itu win-win situation. I deserved someone better!
98. Atas cadangan seorang teman, saya perlu ada satu jurnal harian. Blog itu memudahkan saya untuk bercerita kisah harian dan lebih peribadi. Saya setuju. Tunggu dan lihat saja.
99. Saya telah menulis sebanyak 99 cerita di dalam blog ini sejak jun 2005. Apa yang sedang anda baca ini merupakan tulisan yang ke 100. Entry yang ke seratus ditulis pada 1 Januari 2006.
100. Tiada manusia yang sempurna dan semua manusia tidak dapat lari melakukan kesilapan. Susah dan senang, suka dan duka adalah rencah kehidupan. Yang pasti, saya berbangga menjadi Iwan Shu-Aswad.