HARI BUKU SEDUNIA
Monday, April 23, 2007
Buku. Huruf-huruf yang dicipta bagi membentuk perkataan bernama ‘buku’ itu sendiri memberi maksud yang pelbagai. B merupakan bahan bacaan bervariasi kepada umum. Ia bukan sekadar bahan ilmiah bagi tujuan pendidikan atau sekadar berteraskan kepada pengetahuan am semata, bahkan buku juga menyediakan bahan hiburan juga mengisi masa seharian.
Seterusnya, U mewakili ‘ulat buku’, gelaran yang diberikan kepada mereka yang menjadikan buku sebagai teman. Kerana masa itu emas, ‘ulat buku’ menghargai setiap saat dengan membaca. Ia merupakan kaedah pengisian masa yang terbaik. Secara tidak langsung, individu tidak akan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Hari ini, ulat buku tidak lagi digambarkan secara tipikal bahawa golongan ini sering menghabiskan masa di perpustakaan atau institusi pendidikan. Tidak kira di dalam transit aliran ringan, di perhentian bas, taman rekreasi mahupun di restoren dan kafe, ‘ulat buku’ bijak menggunakan masa dengan membaca buku.
Huruf K memberitahu bahawa kualiti diri itu dapat dibentuk jika membaca bahan bacaan yang bersesuaian. Kebanyakan buku yang diterbitkan memberikan ilmu pengetahuan, motivasi dan panduan terutama dalam bidang pendidikan, politik, kewangan, kesihatan dan komunikasi. Daripada sifar, seseorang itu mempunyai sesuatu jika membaca.
U adalah usaha bagi setiap individu yang mahu berjaya dalam hidup. Setiap usaha itu merupakan tangga kejayaan, jadi mengamalkan sifat rajin membaca itu adalah sebaik-baiknya. Minda akan terisi lalu emosi dan fikiran itu akan terbentuk secara positif.
Buku-buku diterbitkan seiring dengan pembesaran manusia daripada bayi sehingga ke akhir hayat. Buku yang bermula dengan gambaran huruf ABC bagi kanak-kanak yang mahu mengenal huruf-huruf, kemudiannya diterbitkan dengan pelbagai cerita-cerita menarik seperti kisah Nabi-Nabi juga cerita dongeng seperti Cinderella dan Snow White. Kemudiannya, kanak-kanak melangkah ke alam persekolahan dari peringkat pra, rendah, menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi, buku-buku subjek, kursus serta buku rujukan bagi tujuan pembelajaran. Seterusnya, bahan-bahan bacaan ringan atau buku yang mengupas isu yang lebih berat diterbitkan demi memenuhi kehendak pasaran yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Nabi Muhammad S.A.W juga disuruh membaca dengan turunnya Surah Al-Alaq (dikenali juga sebagai surah Iqra'). Surah Al-Alaq menerangkan asal-usul manusia yang terjadi daripada segumpal darah, kemudiannya dimuliakan dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Melalui bahan bacaan yang sedia ada, ia mengajar kita apa yang tidak tahu dan memberitahu kita apa yang kita mahu tahu.
Seterusnya, U mewakili ‘ulat buku’, gelaran yang diberikan kepada mereka yang menjadikan buku sebagai teman. Kerana masa itu emas, ‘ulat buku’ menghargai setiap saat dengan membaca. Ia merupakan kaedah pengisian masa yang terbaik. Secara tidak langsung, individu tidak akan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Hari ini, ulat buku tidak lagi digambarkan secara tipikal bahawa golongan ini sering menghabiskan masa di perpustakaan atau institusi pendidikan. Tidak kira di dalam transit aliran ringan, di perhentian bas, taman rekreasi mahupun di restoren dan kafe, ‘ulat buku’ bijak menggunakan masa dengan membaca buku.
Huruf K memberitahu bahawa kualiti diri itu dapat dibentuk jika membaca bahan bacaan yang bersesuaian. Kebanyakan buku yang diterbitkan memberikan ilmu pengetahuan, motivasi dan panduan terutama dalam bidang pendidikan, politik, kewangan, kesihatan dan komunikasi. Daripada sifar, seseorang itu mempunyai sesuatu jika membaca.
U adalah usaha bagi setiap individu yang mahu berjaya dalam hidup. Setiap usaha itu merupakan tangga kejayaan, jadi mengamalkan sifat rajin membaca itu adalah sebaik-baiknya. Minda akan terisi lalu emosi dan fikiran itu akan terbentuk secara positif.
Buku-buku diterbitkan seiring dengan pembesaran manusia daripada bayi sehingga ke akhir hayat. Buku yang bermula dengan gambaran huruf ABC bagi kanak-kanak yang mahu mengenal huruf-huruf, kemudiannya diterbitkan dengan pelbagai cerita-cerita menarik seperti kisah Nabi-Nabi juga cerita dongeng seperti Cinderella dan Snow White. Kemudiannya, kanak-kanak melangkah ke alam persekolahan dari peringkat pra, rendah, menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi, buku-buku subjek, kursus serta buku rujukan bagi tujuan pembelajaran. Seterusnya, bahan-bahan bacaan ringan atau buku yang mengupas isu yang lebih berat diterbitkan demi memenuhi kehendak pasaran yang dahagakan ilmu pengetahuan.Nabi Muhammad S.A.W juga disuruh membaca dengan turunnya Surah Al-Alaq (dikenali juga sebagai surah Iqra'). Surah Al-Alaq menerangkan asal-usul manusia yang terjadi daripada segumpal darah, kemudiannya dimuliakan dengan mengajar membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Melalui bahan bacaan yang sedia ada, ia mengajar kita apa yang tidak tahu dan memberitahu kita apa yang kita mahu tahu.
Setiap yang lahir ke dunia atau yang diambil nyawa juga dihidangkan dengan naskah yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran, memuji kebesaran Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bacaan tersebut menyedarkan kita bahawa manusia seharusnya bersyukur pada setiap kejadian dan kehidupan serta mendoakan manusia agar memperoleh ketenangan di dunia dan di akhirat.
Sempena dengan Hari Buku Sedunia pada 23 April ini, diharapkan terdapat peningkatan terhadap bilangan rakyat Malaysia yang membaca, terutama bagi bahan-bahan ilmiah. Amalan membaca ini merupakan satu aktiviti yang sihat, bukan sahaja dapat mengisi masa yang terluang, malah dapat menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak bermoral. Dengan menanamkan sifat rajin membaca terutama pada bahan-bahan ilmu pengetahuan, memberi kesan kepada pembentukan jatidiri yang positif dalam individu. Justeru, keadaan ini secara tidak langsung melahirkan rakyat Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.






